ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Thursday, 20 December 2012

Azab Meninggalkan Solat Fardhu


Mari muhasabah diri, mari jadikan diri kita takut pada azab Allah. Apa akan terjadi apabila kita meninggalkan solat fardhu yang wajib ke atas kita?

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Barangsiapa yang memudahkan dan mensia-sia akan sembahyang lima waktu, nescaya akan diseksa oleh Allah SWT dengan lima belas siksa. Enam didalam dunia, tiga ketika hendak mati, tiga didalam kubur, dan tiga lagi semasa waktu bangun dari kubur menuju akhirat”

1. Enam siksaan semasa di dunia

Umur tidak diberkati, hidup panjang tetapi kosong dari amalan kebajikan

Rezeki tidak diberkati

Dipadamkan tanda mukanya dari orang-orang yang soleh

Tiada mendapat bahagian dari doa orang-orang yang soleh

Tiap-tiap amalannya tidak diterima oleh Allah

Tidak diangkat doanya, doanya tidak dimakbulkan oleh Allah

2. Tiga siksaan semasa hendak mati

Mati dalam keadaan sangat hina, tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah

Dimatikan oleh Allah dalam keadaan dahaga, walaupun diberi minum dengan air laut, ia tidak dapat menghilangkan dahaganya

Mati dalam keadaan yang sangat lapar

3. Tiga siksaan semasa di dalam kubur

Allah menyempitkan kuburnya sehingga berlaga tulang rusuk kanan dengan tulang rusuk kiri

Dibukakan salah satu pintu neraka di dalam kuburnya

Allah mewakilkan seorang malaikat untuk menyiksanya sehingga hari kiamat bersama seekor ular yang bernama Suju’al Akruk yang matanya dari neraka, kukunya dari besi neraka, dan panjang kukunya sehari perjalanan, dan suaranya seperti petir.

4. Semasa hari kiamat

Turun seorang malaikat dari langit iaitu malaikat azab dengan rantai dari api neraka yang panjang tujuh puluh hasta dengan menusukkan rantai tersebut kedalam mulutnya hingga keluar rantai itu melalui duburnya dan menghela sekali dibahagian muka dan belakangnya.

Sama-sama kita memperelokkan solat kita agar kita terlepas daripada siksa tersebut.Sekiranya ada yang tinggal sebelum ini, marilah gantikan solat tersebut selagi kita masih bernyawa. Selagi pintu taubat masih terbuka.

Kelebihan Sujud Dalam Solat


Pakar sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika solat.

Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.

Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

Melegakan sakit hernia.

Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

Melegakan paru-paru daripada ketegangan.

Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

Meringankan bahagian pelvis.

Memberi dorongan supaya mudah tidur.

Menggerakkan otot bahu, dada,leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.

Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.

Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin.organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut.(Convulsions).

Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak takbur dan sebagainya.

Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.

Untuk itu marilah kita sama-sama mengamalkan sujud dalam solat yang banyak dan lama-lama bagi satu-satu sujud. Sujud lama dalam solat terutamanya dalam solat sunat yang bersendirian adalah digalakkan di dalam Islam.
~Wallahu a’lam.~

 

 

 

Wednesday, 19 December 2012

Enam cara mengubati buruk sangka


Enam panduan telah digariskan oleh Imam Al-Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong, angkuh, takabbur dan buruk sangka:
 1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita. Kerana kanak-kanak belum banyak melakukan dosa.

 2 . Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat kepada Allah SWT berbanding dengan kita.
 3. Jika bertemu dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia lebih banyak ilmu yang dipelajari dan lebih banyak mengetahui berbanding dengan kita.

 4.  Apabila bertemu dengan orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka melakukan dosa dalam kejahilan. Sedangkan kita melakukan dosa dalam keadaan mengetahui.
5.  Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia daripada mereka kerana mungkin disuatu hari nanti mereka akan insaf dan bertaubat atas kesalahan yang telah mereka lakukan.

 6.  Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan di dalam hati bahawa mungkin suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah SWT dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh ALLAH SWT.

Monday, 17 December 2012

Dua belas Golongan Manusia Semasa dibangkitkan Akhirat


Suatu ketika, Muaz bin Jabal r.a. menghadap Rasulullah S.A.W. dan bertanya kepada baginda:

 “Wahai Rasulullah S.A.W., tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah S.W.T”
 Erti firmanNya: “Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris” (Surah al-Naba’) Mendengar pertanyaan ini, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab;“Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepadaku perkara yanag amat besar bahawa umatku masing-masing dengan pembawaan diri mereka sendiri.”
Maka Rasulullah menyatakan setiap barisan yang sebanyak 12 barisan.
 
BARISAN PERTAMA

Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya. Maka demikian balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KEDUA
Diiringi dari kubur dalam berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.

“Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”
 
BARISAN KEEMPAT

Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.
“Mereka adalah orang yang berdusta di dalam jual beli. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”
 
BARISAN KELIMA
Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu, Allah S.W.T. menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.
“Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka kerana takut diketahui manusia, tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah S.W.T. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”
 
BARISAN KEENAM

Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.
“Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KETUJUH
Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir nanah dan darah.
“Mereka itu adalah orang yang enggan member kesaksian di atas kebenaran. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KELAPAN
Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.

“Mereka adalah orang yang berbuat zina. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KESEMBILAN
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam gelap dan bermata biru sementara di dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.
“Mereka adalah orang yang memakan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KESEPULUH
Diiringi dari kubur dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta.
“Mereka adalah orang yang derhaka kepada ibu bapa. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KESEBELAS
Diiringi dari kubur dalam keadaan buta mata kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terlanjur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.
“Mereka adalah orang yang meminum arak. Maka inilah balsannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”
 
BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka datang suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:
“Mereka adalah orang yang banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih

 ~ Walluhualam ~

 

 

 

Wednesday, 12 December 2012

MIMPI NABI MUHAMMAD SAW


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, NABI MUHAMMAD SAW bersabda:
 "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.
Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

 Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabirkan muka dan kepalanya dari api tersebut.
BERSABDA RASULULLAH SAW  "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU

 YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"
 
~Wallahhualam~

NASIHAT KUBUR


 Aku adalah tempat yang paling gelap di antara yang gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD
 Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan BERSILATURAHIM.
 Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN.
 Aku adalah tempatnya binatang-binatang yang menjijikan maka racunilah ia dengan AMALAN  
 SEDEKAH.
 Aku yang menyepitmu hingga hancur bila mana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT.
 Aku adalah tempat utk merendammu dg cairan yg sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu 
 dengan  PUASA.
 Aku adalah tempat Munkar dan Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan   
 Perbanyakkan mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"