ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Tuesday, 24 July 2012



Tanda-tanda Redha dan Kasih Sayang Allaah SWT Kepada Kita
·    Cara hidup atau tingkah laku seseorang muslim  yang sentiasa tetap atau istiqamah dalam   melaksanakan segala perintah Allah dan memelihara segala larangNya.
·    Segala perbuatannya menepati tuntutan Ilahi dan sanggup meninggalkan segala tegahan dan larangan Allah dengan penuh redha, inilah golongan yang disebut oleh Allah dalam al-Quran “Dan orang-orang yang berjuang pada jalan Kami, akan Kami beri petunjuk kepada mereka  dengan jalan kebenaran menuju Kami (Islam)’ (al-Ankabut:69)
·    Bersegera melakukan amal-amal kebajikan serta memelihara untuk mendekatkan diri   kepada Allah dengan segala bentuk ibadat yang disyariatkan.
·    Bersungguh-sungguh untuk meninggalkan segala laranganNya yang membawa dosa, sama ada yang kecil atau yang besar.
·    Mempertahankan kesucian agama Islam dengan mendalami ilmu-ilmu Islam yang menjadi wajib untuk dipelajari.
·    Tolong menolong dalam perkara kebaikan dan takwa kepada Allah.
·    Sentiasa berakhlak mulia walau di mana
·    Memelihara waktu dengan baik serta pendengaran dan pandangan hanya untuk perkara-perkara yang baik juga seperti yang dikehendaki Allah.
·    Redha dengan segala qada dan qadar Allah.
·    Bersikap berlapang dada dan suka kepada perkara yang memperkukuhkan iman kepada Allah.
·    Cinta kepada apa yang disukai oleh Allah da rasulNya.
·    Bertindak sesuatu yang positif hingga disukai oleh Allah.
·    Mengikut petunjuk Rasulullah SAW.
·    Kasih kepada semua kaum Muslimin dan berendah hati terhadap mereka.
·    Bertindak tegas terhadap orang-orang kafir tanpa tunduk kepada arahan mereka yang boleh menimbulkan fitnah sesama Islam.
·    Berjihad pada jalan Allah dengan penuh keikhlasan yang meliputi harta,tenaga dan nyawa.
·    Tidak rasa takut kepada manusia yang mahu menakutkannya dari menyokong kebenaran agama.
·    Melaskanakan segala kewajipan agama di samping perkara-perkara yang sunat seperti membaca al-Quran,menziarahi perkuburan, berzikir,membantu orang susah dan sebagainya
·    Kasih kepada saudara seagama kerana Allah.
·     Menghubungkan silaturrahim sesama Islam.
·    Menasihati saudara seagama meneganai kebenaran Islam dan memperjuangkannya hingga ke akhir hayat.
·    Saling dan sering menziarahi saudara seagama bagi memperelokkan hubungan serta mengambil berat urusan harian hidup mereka.
·    Rindu untuk bertemu Allah dengan segala bekalan dan persiapan yang mantap.
·    Suka untuk menyendiri bagi tujuan berzikir kepada Allah serta indafi segala kesalahan yang dilakukan.
·    Rasa lazat dengan amalan dan ketaatan kepada Allah.
·    Rasa takut untuk menunjuk-nunjuk amalan ketika berada di khalayak ramai.
            ~ Wallaahualam ~

No comments:

Post a Comment