ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Friday, 18 May 2012

Renungkanlah

Orang yang hebat ialah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri.Kita selalu lupa,tidak menyukuri nikmat atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun.Jika kita takut pada sesuatu,bersemangat dan hadapilah.Jika kita hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana kita masih mempunyai masa depan.Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.Tidak pernah wujud orang malas.Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya.Tidak penting berapa lama kita hidup.Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup.Tanpa permulaan,kita tidak akan sampai ke mana-mana.Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang.Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati.Malah tidak akan berasa penat sekiranya kita melakukan perkara yang kita sukai.Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kita dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kita inginkan.Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan akan menentukan kebahagiaan.Seseorang menganggap ujian sebagai batu penghalang, sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.Gagal setelah berusaha adalah hikmah, Insya Allaha kita akan mendapat sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita harapkan.

No comments:

Post a Comment