ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Friday, 18 May 2012

Guru Inovatif Melonjakkan Transfomasi Pendidikan Negara.

.....Selamat Hari Guru untuk semua pensyarah UPSI,juga rakan-rakan guru.Moga kita menjadi pendidik yang cemerlang di dunia dan akhirat.Dapat melahirkan modal insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani,sahsiah dan intelaktual.Mudahan anak didik kita mempunyai minda,jiwa dan sahsiah yang hebat-hebat belaka...

Renungkanlah

Orang yang hebat ialah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri.Kita selalu lupa,tidak menyukuri nikmat atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun.Jika kita takut pada sesuatu,bersemangat dan hadapilah.Jika kita hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana kita masih mempunyai masa depan.Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.Tidak pernah wujud orang malas.Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya.Tidak penting berapa lama kita hidup.Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup.Tanpa permulaan,kita tidak akan sampai ke mana-mana.Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang.Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati.Malah tidak akan berasa penat sekiranya kita melakukan perkara yang kita sukai.Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kita dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kita inginkan.Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan akan menentukan kebahagiaan.Seseorang menganggap ujian sebagai batu penghalang, sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.Gagal setelah berusaha adalah hikmah, Insya Allaha kita akan mendapat sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita harapkan.

Jom Kita Jadi Pelajar Cemerlang

Mula-mula kita betulkan niat,tujuan kita belajar untuk memberikan sumbangan terhadap Islam, Orang-orang Islam dan menegakkan negara Islam serta mengisi ruang kekosongan yang diperlukan oleh Islam kerana Islam menggalakkan umatnya supaya menuntut ilmu sejak dalam buaian lagi dan melaksanakan kewajipan menjadi khalifah di muka bumi serta memakmurkannya.Ia juga merupakan satu cara mendekatkan diri kepada Allah dan akan diberi pahala atas segala usaha, masa dan harta yang digunakan .Kita perlu berusaha supaya dapat menjadi pakar di dalam berbagai bidang ilmu pengetahuan. Pelajar hendaklah membetulkan pandangannya kepada pelajaran dan ia bukan semata-mata penguasaan akal tentang maklumat-maklumat yang perlu dipenuhkan di dalam otak untuk menjawab di dalam peperiksaan sahaja, tetapi yang dikehendaki ialah dapat menyediakan peribadi terpelajar yang membina ilmunya, memberikan faedah kepada kehidupan manusia, agama dan bangsa .Mereka juga hendaklah mengetahui adab-adab dan ajaran yang mulia, membiasakan diri dengan sifat benar, amanah, menunaikan janji, berlemah lembut dan segala akhlak mulia dan menjauhkan diri dari akhlak yang dikeji.Sebagai seorang muslim kita perlu solat, berbuat baik terhadap dua ibu bapa, keluarga ,guru-guru dan rakan-rakan.Kita hendaklah pandai memilih kawan dari kalangan yang baik dan berakhlak mulia. Seterusnya memilih kawan yang soleh dan tidak berkawan dengan orang yang jahat. Perhubungannya hendaklah sederhana dan dapat dikawal; jangan sampai membuang masa pelajarannya. Pelajar harus pandai dalam memilih bahan bacaan untuk merehatkan fikirannya.Pilih yang bermutu dan berfaedah serta hindari membaca bahan bacaan yang merosakkan dan memberi dosa kepada kita.Pelajar hendaklah memberikan perhatian dan bersungguh-sungguh terhadap pelajaran.Uruskan masa sebaik mungkin,ia hendaklah disusun dengan baik sama ada masa untuk belajar, mengulangkaji, tidur dan sebagainya.Waktu belajar hendaklah disusun dengan rapi dan mestilah membiasakan diri dengan kebersihan diri,juga pembersihan dalaman, pembersihan hati dari dendam dan hasad, pemarah dan takabbur, terpedaya dan setiap yang dimurkai oleh Allah. Hatinya hendaklah dipenuhi dengan sifat taqwa, kasih sayang, ikhlas, bersih hati, bertawadu’ dan sentiasa mohon keredhaan Allah. Hendaklah mengutamakan menerima pelajaran terus dari guru-gurunya dan jangan tidak hadir kelas kecuali berlaku keuzuran yang tidak dapat dielakkan.Sentiasa member tumpuan ketika guru mengajar. Pelajar Muslim contoh adalah berusaha supaya dapat menguasai pelajarannya dan mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan mengatasi pelajar lain. Ini merupakajn perkara yang dituntut dan satu kewajipan yang akan menggembirakan kedua ibu bapanya. Ia juga membuktikan bahawa usahanya untuk menjadi cemerlang yang sebenar tidak sekali-kali mengganggu pelajarannya bahkan mendorongnya mengatasi kawan-kawan yang lain.Pelajar hendaklah mencungkil bakat mereka di dalam bidang yang boleh memberi manfaat dan memperingatkan rakan-rakannya supaya memupuk bakat itu untuk digunakan sebagai kebajikan. Ia juga hendaklah meminta nasihat ketika hendak memilih bidang pengkhususan supaya berfaedah kepada diri sendiri keluarga bangsa dan agama. Pelajar Muslim pula hendaklah sentiasa dalam keadaan zikrullah dan meminta perlindungan dari godaan syaitan. Segala amalan, belajar, menjawab dalam peperiksaan hendaklah dimulakan dengan Bismillaah dan memohon pertolongan dari Allah. Hendaklah menunaikan kewajipan terhadap pelajaran dan mengulangkaji, kemudian bertawakkal kepada Allah, memulakan peperiksaan dengan hati yang ikhlas, menerima keputusan dengan redho dan bersyukur kepada Allah sekiranya berjaya dan kembalikan segalanya itu kepada Allah atas pertolongan dan taufikNya.Jika sebaliknya, jangan sempitkan perasaan dan jangan berdukacita dan ini adalah ketentuan dan kehendak Allah dan akan berusaha dengan penuh gigih dan keazaman untuk lebih cemerlang. Pelajar perempun hendaklah berpegang dengan apa yang telah ditentukan oleh Islam iaitu hendaklah ia menjaga sifat kewanitaannya dan berpegang teguh dengan adab-adab Islam seperti pakaian Islam yang sempurna dari segi rupa bentuknya dan menutup aurat serta menjauhkan apa yang dilarang dan mengikuti lunas-lunas ntukan oleh agama. Pelajar hendaklah menjaga diri dan maruahnya dari tempat yang menimbulkan keraguan dan percampuran, mengangkat suara tinggi, ketawa kuat dan lain-lain sifat yang tidak layak bagi pelajar muslim. Hendaklah berpegang dengan sifat malu, bijak dalam memilih kawan perempuan serta mendalami agama terutama yang berhubung dengan halehwal wanita ,agar suatu hari nanti akan menjadi contoh dan ikutan untuk generasi yang beriman.Waullaahhualam.

Friday, 11 May 2012

Adab Murid Terhadap Guru

Khas untuk anak-anak emak dan murid-murid saya,hendakalah memberi hormat ketika guru masuk ke kelas dengan memberi salam kepada guru.Jika guru terdahulu memberi salam,hendaklah segera menjawabnya.Tunjukkan muka yang manis ketika menyambut guru masuk ke bilik darjah.Perhatikan guru dengan tenang dan mula membuka buku untuk pelajaran hari itu jika diminta oleh guru.Tumpukan perhatian ketika guru mengajar. Jika kurang faham bolehlah bertanya kepada guru dengan sopan.Catatkan apa yang disampaikan oleh guru, jika guru menyuruh berbuat demikian.Jangan berkata-kata atau berbual dengan rakan-rakan ketika guru sedang mengajar.Tumpukan perhatian sepenuhnya ketika guru sedang memberi penerangan. Sematkan di dalam hati apa yang diajarkan ketika itu.Ucapkan terima kasih kepada guru sebaik sahaja guru selesai mengajar.Insya-Allah jika diamalkan llmu yang diperolehi beroleh keberkatan...