ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Saturday, 28 April 2012

Fadhilat Mengamalkan Selawat Ke Atas Nabi Muhammad SAW

"Para Malaikat akan berselawat pula keatas pembaca selawat itu dan Allaah SWT akan menurunkan rahmatNya.Allaah SWT akan mengurniakan kekayaan seumur hidupnya.Mereka yang berselawat sebanyak lima ratus kali sehari,insyaAllaah akan memperolehi kemenangan dan keselamatan selama-lamanya.Mereka yang banyak berselawat akan terhapus sifat marah dan terjauh dari bala bencana.Mereka yang banyak berselawat juga akan mendapat rezeki yang berkat,berhasil hajatnya,kehidupan sentiasa mendapat keberkatan hilang dukacitanya dan terlindung dari marabahaya dan bencana dan mendapat keampunan dari Allaah SWT dan akan terlepas dari seksaan dan huru-hara hari kiamat.Mereka juga akan mendapat syafaat diakhirat nanti".

Wednesday, 11 April 2012

Ibu dan Ayah

Kasihnya ibu membawa ke syurga…kasihnya ayah masa berada Marilah kita bermuhasabah diri…. Tanpa ibu dan ayah,tak mungkin kita berada di dunia ini… Tanpa ibu dan ayah,siapalah kita hari ini… Tanyalah pada diri kita sendiri….. Apakah yang kita lakukan untuk membahagiakan ibu dan ayah kita…. Apakah kebaikan yang kita lakukan untuk ibu dan ayah kita…. Sedar tak,ada diantara kita yang sentiasa menyakiti hati ibu dan ayah setiap hari…. Kita lupa siapakah yang melahirkan kita…. Kita lupa siapakah yang bersusah payah membesarkan kita….. Kita lupa siapakah yang bersusah payah mencari rezeki untuk kita…. Kita lupa segala-galanya….. Juga tanyakan pada ibu dan ayah… Apakah yang ibu dan ayah harapkan dari kita…. Adakah wang ringgit ataupun harta tinggi menggunung… Mesti jawapan ayah dan ibu…. Jadilah anak yang soleh dan solehah…. Yang boleh mendoakan untuk ibu dan ayah… Ibu dan ayah perlukan doa dari anak yang soleh dan solehah… Yang boleh mengiringi ibu dan ayah…. Apabila ibu dan ayah melangkah kealam barzakh nanti…. Ya,doa dari anak yang soleh dan solehah…. Di antara 3 perkara yang akan mengiringi ibu dan ayah ke alam barzakh…. Bukanlah emas permata,wang ringgit mahupun harta menggunung… Renungilah Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam: “Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya dan doa anak soleh yang sentiasa mendoakannya.” (Diriwayatkan oleh Abu Hurairah) Bila ibu dan ayah ada depan mata kita….. Kita buat endah tak endah sahaja….. Kita sakiti hati dan perasaan mereka… Kita biarkan air mata ibu dan ayah mengalir kerana kita….. Hati ibu kita lukai….. Hati ibu kita calarkan…. Ibu menangis kerana kita….. Ayah memendam rasa kerana kita….. Rajuk hati ibu dan ayah tiada siapa pedulikan…. Rajuk hati kita…kita nak kan belaian dan perhatian…. Rajuk hati ibu dan ayah kita biarkan…. Andai ibu dan ayah tiada lagi…. Tiada lagi tempat untuk kita menumpang kasih sayang….. Tiada lagi tempat untuk kita mengadu…. Hilang segala-galanya….. Hari ini kita mampu lagi ketawa…. Mungkin hari esok kita hanya mampu menangis…. Menangis nasib diri yatim piatu….. Menangis mengenangkan dosa kita pada ibu dan ayah….. Menangis menyesali apa yang berlaku….. Ingatlah…tangisan kita sudah tidak bermakna lagi…. Siapa yang boleh menduga takdir ALLAH.. Hargailah ibu dan ayah semasa hayat mereka masih ada….. Ibu dan ayah….maafkan kami anak-anakmu… Cinta,kasih,sayang dan rindu kami buatmu ibu dan ayah... Ibu dan ayah….. Tersemat kukuh dalam hati kami anak-anakmu

Tuesday, 10 April 2012

PENULISAN

Bahagian012 A
Bahagian012 B
Bahagian012 C

~Sayangi ayah dan ibu~

Jom tonton ceramah


JOM BELAJAR TATABAHASA
KATA PERINTAH
1.      Kata perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan menimbulkan gerak balas yang berupa tindakan. Ayat perintah berfungsi sebagai ayat yang bermaksud suruhan, permintaan, silaan ataupun larangan.

2.      Contoh kata perintah:
a.       Suruhan – tolong
b.      Permintaan – minta, harap
c.       Silaan – sila, jemput
d.      Larangan – jangan, usah.

3.      Contoh penggunaan kata perintah dalam ayat:
a.       Tolong kembalikan buku cerita saya.
b.      Minta semua peserta bersedia.
c.       Harap saudara faham masalah saya.
d.      Sila masuk.
e.       Jemput makan.
f.       Jangan berdiri di situ.
g.      Usah kamu fikirkan kisah yang sudah berlalu.

4.      Kesilapan
4.1  penggabungan kata perintah.
a.       Sila jangan merokok di kawasan ini. (X)
b.      Tolong jangan bising di dalam perpustakaan. (X)
c.       Harap jangan memijak rumput ini. (X)
d.      Jangan merokok di kawasan ini. (√)
e.       Jangan bising di dalam perpustakaan. (√)
f.       Jangan memijak rumput ini. (√)
*Imbuhan meN- pada kata kerja transitif harus digugurkan dalam ayat perintah.
*Imbuhan awalan kata kerja tak transitif harus dikekalkan dalam ayat perintah.


JOM BELAJAR TATABAHASA
KATA GANTI NAMA DIRI
1.         Maksud
            Kata yang digunakan untuk menggantikan nama orang.

2.         Jenis:
            Terbahagi kepada 3 jenis:
            a.  Kata Ganti Nama Diri Pertama (penutur).
            b.  Kata Ganti Nama Diri Kedua (pendengar)
            c.  Kata Ganti Nama Diri Ketiga (pihak / orang yang diceritakan halnya)

3.         Bilangan penutur / pendengar:
            a.  Tunggal (seorang)
            b.  Jamak (lebih daripada seorang)

4.         Golongan pengguna:
            a.  Masyarakat Moden
            b.  Masyarakat Melayu Lama (klasik)
            c.  Masyarakat Istana / Bangsawan

5.         Contoh Kata Ganti Nama Diri
            a.  Kata Ganti Nama Diri Pertama – menggantikan nama diri orang yang bertutur.

Kata Ganti Diri Pertama
Penggunaannya
aku (tunggal)
Digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan (keakraban)
saya (tunggal)
Digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenali atau dalam suasana rasmi.
hamba (tunggal)
Digunakan untuk membahasakan diri sendiri pada zaman dahulu.
patik (tunggal)
Digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan.
beta (tunggal)
Digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat.
kami (tunggal)
Digunakan pada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua.
kita (tunggal)
Digunakan pada diri sendiri dengan menyertakan diri orang kedua.


            b.  Kata Ganti Nama Diri Kedua – menggantikan nama diri orang yang diajak bertutur.

Kata Ganti Diri Kedua
Penggunaannya
anda (tunggal dan jamak))
Digunakan  untuk diri orang kedua apabila berhadapan dengan kita.
awak (tunggal)
Digunakan  untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.
engkau (tunggal)
Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan juga (Engkau)
Tuan hamba (tunggal)
Digunakan untuk diri orang kedua pada zaman dahulu (jika kata ganti diri pertama digunakan ‘hamba’ mesti diikuti ‘tuan hamba’ sebagai kata ganti diri kedua)
tuanku (tunggal)
Digunakan apabila bercakap dengan raja atau sultan.
kalian (tunggal)
Digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap.
kamu (tunggal dan jamak)
Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.




            c.  Kata Ganti Nama Diri Ketiga – menggantikan nama diri orang yang diceritakan halnya (orang 
                 yang diceritakan halnya tidak hadir)

Kata Ganti Diri Ketiga
Penggunaannya
baginda (tunggal)
Digunakan untuk putera-puteri raja, raja atau sultan.
beliau (tunggal)
Digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya ibu bapa, guru dan pemimpin.
Dia dan ia (tunggal)
Digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan.
mereka (tunggal)
Digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang.


6.         Bentuk kesilapan:
           

SALAH
BETUL
Kami tidak harus mengalah sebelum perlawanan bermula,” kata Murthi kepada Azrul.
Kita tidak harus mengalah sebelum perlawanan bermula,” kata Muthi kepada Azrul.
Kereta itu sungguh mahal kerana ianya diimport dari Jepun.
Kereta itu sungguh mahal kerana diimport dari Jepun.
Beliau diberkas kerana terlibat dalam kes penipuan.
Dia diberkas kerana terlibat dalam kes penipuan.
Hamba mohon maaf atas kesalahan hamba,” kata Paduka Ali kepada Sultan Mansor Syah.
Patik mohon maaf atas kesalahan patik,” kata Paduka Ali kepada Sultan Mansor Syah.
Kakitangan syarikat ini sedia menolong engkau.
Kakitangan syarikat ini sedia menolong anda.
Saya ingin berjumpa dengan ia.
Saya ingin berjumpa dengannya.
Mereka-mereka sedang bermain bola di padang.
Mereka  sedang bermain bola di padang.


7.         Ringkasan:
           

Kata Ganti Nama Diri
Tunggal
Bilangan Banyak /  Jamak
Diri Pertama (penutur)
aku
saya
patik
hamba
kami
kita
Diri Kedua (pendengar)
awak
kamu
engkau
encik
cik
saudara
saudari
tuan
puan
anda
tuanku
tuan hamba
awak semua
kamu semua
saudara sekalian
saudari sekalian
encik-encik
cik-cik
tuan-tuan
puan-puan
anda semua
kalian
Diri Ketiga (orang yang diceritakan halnya)
Dia
Ia
Beliau
Baginda
mereka

           
KATA GANTI NAMA DIRI SINGKAT
1.         Maksud:
            Kata ganti nama diri yang telah disingkatkan.

2.         Contoh:

Kata Ganti Diri Pertama
Penerangan
Ayat Contoh
kau
Asal daripada kata ‘engkau’. Digunakan pada awal kata yang dirapatkan dengan kata yang menyertainya.
1. “Surat ini hendaklah kaubaca,” pinta Encik Hazim.

2. Lukisan yang kaulukis sangat cantik sekali.
ku
Asal daripada kata ‘aku’. Digunakan pada awal atau akhir kata yang ditulis rapat.
1. Kata Dina, “Lagu ini kutujukan untuk Shida yang berada di Johor.”

2. “Aduh, sakitnya kakiku!” kata Dol.
mu
Asal daripada kata ‘kamu’. Digunakan pada akhir kata sahaja.
1. Hasratmu akan aku tunaikan.

2. “Adikmu pandai menyanyi,” kata Zuraini kepada Syafiqah.
nya
Asal daripada kata ganti nama diri ketiga (dia). Digunakan pada akhir kata sahaja.
1. Kakaknya menuntut di luar negara.

2. Setiap kesalahan akan menerima balasan daripada-Nya.


3.         Bentuk kesilapan
            a.  Tidak ditulis rapat kata ganti nama diri singkatan dengan kata yang menyertainya.
           

SALAH
BETUL
“Warna apa yang kau minati?” tanya Azim kepada Syafiq.
“Warna apa yang kauminati?” tanya Azim kepada Syafiq.
“Kawan ku ini berasal dari Sabah,” kata Arif kepada Sayuti.
“Kawanku ini berasal dari Sabah,” kata Arif kepada Sayuti.

           
            b.  Tidak boleh menggunakan kata singkatan sebagai subjek ayat.

SALAH
BETUL
Mu berdua tidak bekerja hari ini?” tanya Enzik Azwan.
“Kamu berdua tidak bekerja hari ini?” tanya Enzik Azwan.
Kau belum mandi lagi, Man?” tanya ibu kepada Rosman.
“Engkau belum mandi lagi, Man?” tanya ibu  kepada Rosman.


            c.  Tidak menggunakan tanda sempang dan huruf besar bagi kata singkatan berkaitan dengan Tuhan.

SALAH
BETUL
Ya Allah, aku memohon keampunanmu.
Ya Allah, aku memohon keampunan-Mu.
Tuhan akan sentiasa mengampunkan dosa hambanya.
Tuhan akan sentiasa mengampunkan dosa hamba-Nya.