ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sunday, 25 March 2012

Hanya Tinggal Kenangan

Hampir 23 tahun  ditugaskan mengajar Matematik tahun enam di SK Kg Soeharto,suatu hari Guru Besar memberitahu bahawa saya akan ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Gedangsa untuk menjawat jawatan baru yang begitu asing bagi saya . Walaupun berat rasa hati untuk meninggalkan anak didik yang hanya tinggal seminggu,untuk menghadapi peperiksaan UPSR ,namun saya terpaksa pasrah .Saya yakin segala ilmu telah dicurahkan sebaik mungkin kepada mereka ,walaupaun diiringi dengan linangan air mata dari setiap anak didik tetapi saya harus pasrah, sesuatu telah ditakdirkan untuk kami semua ...Saya yakin guru yang menggantikan tempat saya untuk  meneruskan perjuangan tersebut adalah guru yang terbaik bagi mereka malahan lepasan sarjana lagi jika dibandingkan saya...Masih tergiang-giang ucapan minta simpati mereka yang meminta saya supaya tidak menerima tawaran tersebut...tapi apakan daya saya hanya menurut perintah....
                 Ya begitu payah sekali nama sekolah  lama tidak pernah luput dari sebutan selalu tersasul bila berucap di hadapan anak murid .Banyak nostalgia terpahat di situ ,semua anak saya belajar di situ malah sejak dari bayi lagi mereka telah kenal SKKS.Bila kelas tambahan hari Sabtu saya akan bawa mereka ke sekolah kerana mereka tidak mahu minum susu botol dan pengasuh perlu rehat ketika itu... Terlalu banyak kenangan di situ......seribu satu kenagan.... SKKS tetap sentiasa dalam ingatan....
                 Alhamdulillah dengan sambutan ,penerimaan dan bantuan serta sokongan padu rakan-rakan guru di sekolah baru , dapatlah saya melaksanakan tugasan baru dengan sebaik mungkin ....Saya amat bersyukur dengan kerjasama dan kometment yang diberi oleh semua guru-guru dalam menjalankan  tugas  dengan begitu baik sekali..terima kasih pada kalian... terutama Guru Besar ,barisan sahabat GPK serta semua guru-guru SK Gedangsa .Juga tidak lupa kepada Guru Besar  dan rakan-rakan seperjuangan di SK Soeharto yang telah banyak memberi semangat dan tunjuk ajar serta mendoakan saya selama ini .Saya berharap mudahan kita semua adalah merupakan guru yang berdidikasi serta diterima dan diberkati segala usaha kita dan mudahan menjadi amal jariah kita sementara kita masih hidup.....Jom kita sama-sama membentuk generasi yang robbani...mudah-mudahan segala usaha dan wang ringgit yang kita telah taburkan akan menjadi amal jariah dan diterima Allah.Insyaallaah .....

KATA HIKMAH
1. Orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri.
2. Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang
    orang lain ada.
3. Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun.
4. Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah & hadapilah.
5. Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan.
6. Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.
7. Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak dapat   
    mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya.
8. Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana keadaan kita
    semasa hidup.
9. Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.
10. Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.
11. Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang.
12. Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati.
13. Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara yang anda suka.
14. Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-
     dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan
15. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula
      akan menentukan kebahagiaan.
16. Seseorang menganggap ujian sebagai batu penghalang, sedangkan orang lain    
      menganggapnya sebagai batu lonjatan.
17. Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang
      tidak pernah mengalah.
18. Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan
      perkara yang betul.
19. Gagal selepas usaha adalah hikmah, anda akan mendapat sesuatu yang lebih besar
      daripada apa yang anda sangkakan.

~Diambil dari kata-kata hikmah~

Friday, 23 March 2012

  JANGAN itu banyak hikmahnya


JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu
   berkat.

JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling 

   sempurna

JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.

* JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.

* JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.

JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila   

   berjaya .Kalau gagal keciwa pula.

* JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.

JANGAN banyak ketawa ,nanti mati jiwa.

JANGAN biasakan diri berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang 

   kepada kita.  
  
JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan

   Allah .

JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan 

   kekal selamanya.

JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan

   kita.

   ALLAH lebih mengetahui. "Wallahu a'lam.."

Thursday, 15 March 2012

Huraian Hadith:

1. Sesungguhnya Allah sentiasa memberi peluang kepada hamba-hamba-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun atas segala dosa yang telah dilakukan tanpa menentukan masa dan waktu.
2. Islam menyuruh hambanya supaya segera bertaubat. Kesalahan yang dilakukan pada waktu siang hendaklah segera bertaubat pada waktu malam dan kesalahan yang dilakukan pada waktu malam hendaklah segera bertaubat pada waktu siang.
3. Allah tetap menerima taubat hamba-Nya selagi matahari belum terbit dari sebelah barat (tanda terlalu hampir kiamat).

Tuesday, 6 March 2012

ULASAN PERTAMAKU

Alhamdulilllah ...akhirnya berjaya juga saya membuat blog ni.Syukur di atas segala nikmat  dan  kurnian Ilahi kerana masih diberi kesempatan nikmat  iman dan Islam serta kesihatan dan mampu bernafas hingga kini...Muga hari-hari yang dilalui sentiasa dirahmati dan diberkati Allah serta dipermudahkan segala urusan dunia mahupun urusan akhirat.Terima kasih kepada suami dan anak-anak yang tercinta,yang begitu memahami dan sanggup bekorban untuk saya dalam meneruskan perjuangan sebagai pendidik dan pelajar...Terima kasih juga untuk semua pensyarah UPSI yang ikhlas memberi tunjuk ajar dan memberi ilmu baru untuk saya, mudahan ilmu yang dicurah oleh semua warga pendidik akan dianugerah jutawan akhirat di syurga nanti...amin.